Terma dan Syarat

Selamat datang ke BaikBeli.my Terma dan syarat yang dinyatakan di bawah tertakluk kepada semua pelawat dan pengguna berdaftar kepada website ini. Anda tertakluk kepada terma dan syarat ini selagimana anda berada di web BaikBeli.my


Umum

Kandungan pada terma dan syarat ini boleh diubah, dipindahkan atau dibuang oleh pihak syarikat pada bila-bila masa sahaja. Pihak syarikat juga tidak wajib untuk memberikan notis kepada pelanggan mengenai perubahan yang berlaku pada terma & syarat ini. Segala pelanggaran kepada peraturan dan syarat, pihak Ansarus Sunnah Niaga berhak untuk mengambil tindakan terhadap pihak berkenaan.


Kandungan website & Hakcipta

Terkecuali bagi mana-mana kandungan yang diizinkan untuk dicopy atau diambil, segala kandungan yang berada di website ini, termasuklah gambar, ilustrasi, design, video klip, bahan bertulis atau apa sahaja yang berada di website ini adalah hakmilik BaikBeli.my . Anda tidak diizinkan untuk mengambilnya atau melakukan apa-apa sahaja kecuali setelah mendapat keizinan dari pihak kami.

Komen dan Review

Semua komen dan review yang telah disubmit ke website ini akan menjadi hak milik BaikBeli.myPengguna perlulah bersetuju bahawa tidak dibenarkan untuk menghantar komen kepada BaikBeli.my dengan komen yang melanggar hak atau peraturan mana-mana pihak lain dan kami tidak akan bertanggungjawab jika pengguna dikenakan sebarang tindakan atau hukuman oleh pihak terbabit.Pengguna juga tidak boleh menghantar komen atau review yang mengandungi unsur provokasi atau tidak bermoral. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang tindakan atau hukuman jika berlaku apa-apa di atas perlakuan sedemikian.


Informasi produk

Kami tidak dapat menjamin bahawa produk sebenar akan kelihatan sama sebagaimana yang ditunjukkan oleh monitor pelanggan sebagaimana ia bergantung kepada monitor pelanggan tersebut.


Newsletter

Pelanggan atau pengguna perlulah bersetuju bahawa BaikBeli.my boleh menghantar newsletter berkenaan dengan produk terbaru/berita terbaru/promosi kepada email pelanggan.


Link ke website lain

Segala access kepada link di luar website ini adalah pada risiko pelanggan sendiri.


Informasi tidak tepat

Dari semasa ke semasa, berkemungkinan akan ada informasi di BaikBeli.my yang mengandungi kesalahan menaip, tidak tepat atau kesilapan informasi mengenai produk, harga atau apa sahaja artikel dan bahan yang berada di website ini. Kami berhak untuk memperbetulkan kesalahan tersebut atau mengubah informasi di website ini tanpa memberikan notis kepada pelanggan.